web, translate, images, shopping, games, fun, News,Video, Facebook, apps, online games, search

Lagi-lagi bunga mawar


Bunga Ros juga ada rohnya yang tersendiri.Allah SWT telah mengilhamkan sebahagian daripada nabi-nabiNya bagaimana mengeluarkan roh atau pati bunga dari bunga dan ilmu ini ada tersimpan dengan banyak sekali dikalangan orang-orang sufi.


Ahli sufi percaya didalam badan manusia itu ada roh atau zat bunga ros yang sempurna.Zat bunga ros ini berguna untuk menyeimbangkan emosi dan spiritual.
Lambang kesufian itu sendiri adalah bunga Ros(mawar)! Kerana bunga ini dianggap ibu segala wangi wangian dan Ratu Taman Bunga.Keindahan dan keharuman bunga ini dihujung batang yang panjang,kuat dan berduri itu sesuai melambangkan jalan mistik atau tasawuf menuju Allah SWT.

Ros itu sejuk dan kering dalam darjah kedua.Ada kira-kira 300 jenis bunga ros yang digunakan dalam aromaterapi.Yang dikatakan paling baik ialah minyak dari pati bunga Ros Bulgaria.Ada juga sesetengah pendapat yang mengatakan minyak attar bunga ros dari India yang mula-mula diproses itu lebih baik dari attar Bulgaria.Untuk mengeluarkan satu kilogram(2.2 paun) minyak bunga ros memerlukan hampir 60,000 paun kelopak bunga Ros.


Ada sejarah yang mengatakan bahawa orang-orang India lah yang mula-mula mengetahui tentang minyak bunga Ros semasa perkahwinan Shah Jehan yang membina istana Taj mahal untuk isterinya Noor Jehan.Dikatakan disitu ada sebuah taman yang dipanggil taman Shalimar sebagai tanda cinta terhadap isterinya.Pada hari perkahwinan beliau,maharaja Shah Jehan telah memenuhi parit yang mengelilingi istananya dengan air bunga Ros.Bila sinaran matahari yang panas memanaskan air bunga ros itu,maka semerbaklah bau harum menusuk kalbu setiap pengunjungnya kerana minyak dari pati bunga itu terbit dari air ros tersebut.Minyak itu terapung diatas permukaan air lalu semua yang hadir ketika itu boleh menyentuhnya dan membawa pulang bau wangian yang sungguh harum!dari hari itu dikatakan orang-orang India mula mengetahui teknik membuat minyak wangi dari bunga Ros.

Menurut pakar Aromaterapi,wangian yang paling bernilai di dalam alam bunga-bungaan ialah wangian Bunga Ros.Ia boleh bertindak serentak dalam badan,perasaan dan kerohanian.Ia juga boleh membersihkan dan meningkatkan daya fizikal,mental dan kerohanian.Ia adalah minyak yang paling kurang kandungan toksidnya!Satu titik dari minyak bunga ros ini dikatakan berkuasa mewangikan air biarpun ia dilarutkan hingga sejuta kali!

Sesungguhnya bau harum dan wangi itu boleh membuatkan seseorang itu merasa segar,bahagia,tenang,bersemangat dan ceria.

4 comments:

TcRaiN said...

Good entry...! Pheeewiitttt....

MamaMira said...

Ini baru permulaannya.....tunggu gi yg lain.

Miz Deella said...

nah kn,trus addicted berblog....hehe...

TcRaiN said...

Bagus... jom berblog rajin-rajin

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...