web, translate, images, shopping, games, fun, News,Video, Facebook, apps, online games, search
HAPPY MERRY CHRISTMAS TO ALL WHO CELEBRATES THIS FESTIVAL....
ENJOYING YOUR DAY IN CHRISTMAS
LET'S SING THIS SONG FOR CHRISTMAS......
video
Khas untuk anda yang merayakan Krismas.  Salam Krismas untuk anda semua.......

Titanic

Masih ingat cerita ini...walaupun dah lama berlalu ia tetap menjadi filem favouriteku...Jom imbas kembali kisah ini...
Titanic merupakan sebuah filem pemenang Anugerah Akademi 1997 yang dikeluarkan oleh 20th Century Fox dan Paramount Pictures. Filem ini menceritakan tentang nasib malang yang menimpa RMS Titanic ketika pelayaran sulungnya pada 1912. Filem ini memenangi 11 Anugerah Akademi pada 23 Mac 1998 termasuk Filem Terbaik 1997. Pada 2006, Titanic menjadi filem panggung pecah terbaik dalam sejarah perfileman. Filem ini harus dibezakan dengan filem Titanic 1953, mahupun filem televisyen yang mempunyai tajuk yang sama pada 1996.
Titanic memegang rekod (bersama Ben-Hur dan The Lord of the Rings: The Return of the King) bagi filem yang paling menyerlah dalam Anugerah Akademi iaitu memenangi 11 anugerah termasuk anugerah Filem Terbaik.
Tag filem ini adalah "Berlanggar dengan Nasib" - "Collide with Destiny" dan "Tiada di atas dunia yang mampu memisahkan mereka" - "Nothing on Earth could come between them."

The legend of mount Kinabalu

          Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazandusun yang menetap disekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya. Awalnya, aktiviti meneroka dan mendaki Gunung Kinabalu adalah suatu perbuatan yang ditegah sama-sekali oleh kaum Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka dari menjadi marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki.
      

Anehnya...

Ni fenomena yg saya dpt dr online gak..Satu lagi keajaiban dunia. Bkn benda hidup ja yg bergerak batu pun pandai bergerak juga...
Ianya berlaku di Death Valley, USA:

Di Timur pergunungan Panamint di wilayah Death Valley National Park California, ada sebuah tempat yang dipanggil Racetrack Playa. Di tempat ini satu fenomena misteri yang membingungkan berlaku.  Batu-batu bergerak dengan sendiri.
Playa berarti danau kering. Ketika periode hujan lebat, curahan air akan turun dari gunung terdekat masuk ke Playa dan membentuk sebuah danau dangkal yang berumur pendek. Saat cuaca berubah menjadi panas, kumpulan air dangkal tersebut menguap dan meninggalkan lapisan lumpur yang tipis dan lembut.Ketika lumpur itu mengering, ia mulai mengerut dan memecah membentuk mosaik-mosaik yang indah. Dan di tempat inilah fenomena aneh tersebut terjadi.
Fenomena ini sebenarnya telah diketahui lebih dari seratus tahun yang lalu oleh para penjelajah dan penambang emas. Namun penelitian yang lebih serius baru dilakukan pada tahun 1948. Sampai hari ini, fenomena ini masih belum dapat dijelaskan dengan memuaskan oleh beberapa pengkaji.
Batu-batu ini mampu bergeser dengan jarak yang begitu jauh tanpa campur tangan manusia mahupun binatang untukmemindahkannya. Pada tahun 1900an orang-orang percaya kalau fenomena ini ada kaitannya dengan sifat magnetis dari tempat dimana batu-batu ini berada, teori ini tentu saja tidak boleh dibuktikan secara ilmiah.Teori yang paling logik adalah tempat ini mungkin menjadi lumpur ketika musim hujan dan basah batu-batu dolomite yang terpecah dari tebing bergerak dengan sendirinya berjalan melintasi permukaan danau yang kering. Batu-batu itu meninggalkan jejak yang terlihat dengan jelas diatas permukaan tanah, satu-satunya bukti yang menunjukkan bahawa mereka benar-benar bergerak atau adalah kerana batu-batu itu diterpa oleh angin yang kuat yang menghembus diantara bukit di Racetrack Playa, Death Valley, tetapi teori ini juga belum boleh dibuktikan secara ilmiah kerana untuk menggeser batu seberat 320 kg memerlukan  angin dengan kalajuan 1000 km/jam dan itu mustahil terjadi dimuka bumi ini.

Herba

TUMBUHAN HERBA SEBAGAI UBAT

Tumbuh-tumbuhan dan herba memainkan peranan amat penting dalam kelangsungan hidup manusia. Beberapa ribu tahun dahulu, tumbuhan dan herba telah digunakan dengan meluasnya sebagai ubatan. Bapa perubatan iaitu Hippocrates yang telah menubuhkan Kuil Aesculapius, iaitu sebuah Kolej Perubatan juga telah mempelajari ilmu perubatan dengan menggunakan tumbuhan herba daripada orang-orang Mesir.
Malaysia adalah negara yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi untuk membuat ubatan tradisional dan alternatif. Terdapat lebih 6000 spesis tumbuhan tropika di seluruh Malaysia. Herba dan ubat tradisional sangat kaya dengan khasiat, serta kebolehannya untuk mengubati berbagai jenis penyakit. Ianya telah digunakan sejak dari dahulu lagi sehinggalah hari ini. Ianya kekal menjadi kaedah rawatan yang popular sehingga sekarang. Ubatan tradisional adalah satu sains atau latihan dalam perubatan dan penjagaan kesihatan yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. Ianya telah diturunkan secara lisan, bertulis atau melalui amalan.
Tidak syak lagi bahawa tumbuhan adalah merupakan rahmat Allah s.w.t yang tidak ternilai kepada manusia. Bukan sahaja sebagai bahan makanan harian, bahkan untuk kegunaan pelbagai aspek kehidupan mereka. Termasuklah aspek perubatan, menyembuh dan membasmi pelbagai jenis penyakit. Sejak dari zaman purba manusia primitif yang hidup di sesuatu bahagian mukabumi ini, mungkin sudah dapat mengenali segala jenis tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan mereka. Mereka sudah dapat mengenal pasti dan membezakan diantara herba dan tumbuhan yang boleh dimakan dengan tumbuhan yang mengandungi racun yang merbahaya.

*****Tunggu cerita selanjutnya tentang herba........mesti mau tau...

Shopping

He..he.. aku bru dpt 1 online shopping. Kira ok juga la. Berminat?? Cuba bukak alamat ni:
     http://www.jipaban.com..................jom try tengok. Cuci mata.......

Lagi-lagi bunga mawar


Bunga Ros juga ada rohnya yang tersendiri.Allah SWT telah mengilhamkan sebahagian daripada nabi-nabiNya bagaimana mengeluarkan roh atau pati bunga dari bunga dan ilmu ini ada tersimpan dengan banyak sekali dikalangan orang-orang sufi.


Ahli sufi percaya didalam badan manusia itu ada roh atau zat bunga ros yang sempurna.Zat bunga ros ini berguna untuk menyeimbangkan emosi dan spiritual.
Lambang kesufian itu sendiri adalah bunga Ros(mawar)! Kerana bunga ini dianggap ibu segala wangi wangian dan Ratu Taman Bunga.Keindahan dan keharuman bunga ini dihujung batang yang panjang,kuat dan berduri itu sesuai melambangkan jalan mistik atau tasawuf menuju Allah SWT.

Ros itu sejuk dan kering dalam darjah kedua.Ada kira-kira 300 jenis bunga ros yang digunakan dalam aromaterapi.Yang dikatakan paling baik ialah minyak dari pati bunga Ros Bulgaria.Ada juga sesetengah pendapat yang mengatakan minyak attar bunga ros dari India yang mula-mula diproses itu lebih baik dari attar Bulgaria.Untuk mengeluarkan satu kilogram(2.2 paun) minyak bunga ros memerlukan hampir 60,000 paun kelopak bunga Ros.


Ada sejarah yang mengatakan bahawa orang-orang India lah yang mula-mula mengetahui tentang minyak bunga Ros semasa perkahwinan Shah Jehan yang membina istana Taj mahal untuk isterinya Noor Jehan.Dikatakan disitu ada sebuah taman yang dipanggil taman Shalimar sebagai tanda cinta terhadap isterinya.Pada hari perkahwinan beliau,maharaja Shah Jehan telah memenuhi parit yang mengelilingi istananya dengan air bunga Ros.Bila sinaran matahari yang panas memanaskan air bunga ros itu,maka semerbaklah bau harum menusuk kalbu setiap pengunjungnya kerana minyak dari pati bunga itu terbit dari air ros tersebut.Minyak itu terapung diatas permukaan air lalu semua yang hadir ketika itu boleh menyentuhnya dan membawa pulang bau wangian yang sungguh harum!dari hari itu dikatakan orang-orang India mula mengetahui teknik membuat minyak wangi dari bunga Ros.

Menurut pakar Aromaterapi,wangian yang paling bernilai di dalam alam bunga-bungaan ialah wangian Bunga Ros.Ia boleh bertindak serentak dalam badan,perasaan dan kerohanian.Ia juga boleh membersihkan dan meningkatkan daya fizikal,mental dan kerohanian.Ia adalah minyak yang paling kurang kandungan toksidnya!Satu titik dari minyak bunga ros ini dikatakan berkuasa mewangikan air biarpun ia dilarutkan hingga sejuta kali!

Sesungguhnya bau harum dan wangi itu boleh membuatkan seseorang itu merasa segar,bahagia,tenang,bersemangat dan ceria.

Bunga mawar

Pokok Bunga Mawar


Pokok Bunga Mawar
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Laurales
Famili: [[]]
Genus: Litsea
Spesies: L. grandis

Bunga mawar kampung.
A rose 05be wp.jpg
Pokok Bunga Mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.
Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga, oleh itu dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Mawar adalah satu bunga asing bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu. Bunga Mawar mempunyai keharuman yang lemah dan tidak sekuat bunga tempatan. Ini mungkin disebabkan bunga Mawar tidak banyak mempunyai persaingan. Dalam kebudayaan barat, dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta.

Mata memandang


Mata anugerah yang tidak ternlai

Hari Raya Haji 2010... Hari pertama sebagai blogger

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2010. Hmm... cuti tiada macam mana nak beraya ni?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...