web, translate, images, shopping, games, fun, News,Video, Facebook, apps, online games, search

Titanic

Masih ingat cerita ini...walaupun dah lama berlalu ia tetap menjadi filem favouriteku...Jom imbas kembali kisah ini...
Titanic merupakan sebuah filem pemenang Anugerah Akademi 1997 yang dikeluarkan oleh 20th Century Fox dan Paramount Pictures. Filem ini menceritakan tentang nasib malang yang menimpa RMS Titanic ketika pelayaran sulungnya pada 1912. Filem ini memenangi 11 Anugerah Akademi pada 23 Mac 1998 termasuk Filem Terbaik 1997. Pada 2006, Titanic menjadi filem panggung pecah terbaik dalam sejarah perfileman. Filem ini harus dibezakan dengan filem Titanic 1953, mahupun filem televisyen yang mempunyai tajuk yang sama pada 1996.
Titanic memegang rekod (bersama Ben-Hur dan The Lord of the Rings: The Return of the King) bagi filem yang paling menyerlah dalam Anugerah Akademi iaitu memenangi 11 anugerah termasuk anugerah Filem Terbaik.
Tag filem ini adalah "Berlanggar dengan Nasib" - "Collide with Destiny" dan "Tiada di atas dunia yang mampu memisahkan mereka" - "Nothing on Earth could come between them."

Sinopsis

Pada 1996, seorang pemburu khazanah dan pasukannya meneroka bangkai RMS Titanic. Sebuah peti ditemui dan dibawa ke permukaan untuk dibuka. Malangnya, ia tidak mengandungi khazanah berharga tetapi hanya beberapa keeping kertas yang telah hancur dimamah air laut. Satu daripada penemuan mereka adalah sebuah lukisan pensel potret wanita bogel yang bertarikh 14 April, 1912, dan mempunyai tandatangan "JD". Ia menunjukkan seorang perempuan bogel bersandar di atas sebuah kerusi. Di lehernya, terdapat sebuah kalung permata yang mereka cari: "Le Coeur de la Mer - Jantung Lautan".
Rose DeWitt Bukater, perempuan tua yang berusia 101 tahun menonton laporan di CNN tentang pemburuan khazanah dan terlihat satu lukisan. Dia menghubungi Brock Lovett, pemburu harta tersebut dan memaklumkan kepadanya tentang berlian tersebut dan tentang identiti wanita yang berada dalam potret tersebut: "Oh, ya. Perempuan dalam gambar itu ialah saya." Rose, ditemani cucunya Lizzy Calvert, terbang ke tempat pencarian harta lalu menceritakan lebih lanjut tentang pengalamannya di atas Titanic.
Rose, yang baru berusia 17 tahun pada April 1912, menaiki kapal tersebut sebagai penumpang kelas atasan bersama ibunya, Ruth DeWitt Bukater, dan tunangnya, Caledon Hockley, seorang usahawan industri. Rose tidak terlalu menyintai Caledon, tetapi ibunya tetap mendesak untuk mengahwininya kerana masalah kewangan yang meruncing dan tidak mahu meninggalkan kehidupan yang mewah dalam golongan elit. Manakala seorang lagi adalah pelukis yang hidup bertualang yang bernama Jack Dawson memenangi tiket kelas ketiga menaiki kapal tersebut dalam satu perjudian poker.
Rose tidak begitu gembira dengan pertunangannya dan juga kehidupannya yang terkongkong lalu memutuskan untuk membunuh diri dengan terjun dari buritan kapal. Jack melihat keadaan itu dan menghalang Rose dari melakukannya. Dengan keberatan, Caledon menjemput Jack untuk makan malam bersama mereka untuk hari keesokannya di dewan jamuan kelas pertama untuk membalas jasanya. Dalam pada itu, Rose dan Jack menjalinkan persahabatan dan berkongsi pengalaman dan kisah hidup mereka dengan Jack menceritakan pengembaraan dan perjalanannya serta Rose yang menceritakan harapannya. Kemudian, Jack menunjukkan buku lukisannnya. Ikatan mereka semakin kuat apabila mereka melarikan diri dari jamuan makan kelas pertama ke parti kelas ketiga.
Jack kini telah jatuh cinta dengan Rose, tetapi Rose cenderung untuk tidak mempedulikan perasaan mereka yang semakin menebal disebabkan pertunangannya dan tahap sosialnya. Tetapi, Rose akhirnya memutuskan untuk melepas semua itu dan menawarkan hatinya kepada Jack. Rose meminta Jack melukis potretnya dengan hanya memakai kalung berlian Heart of the Ocean, potret yang sama dijumpai pemburu harta 84 tahun kemudian. Mereka turut menjalinkan hubungan sulit kemudiannya.
Dalam pada itu, Kapten Edward J. Smith dan krewnya seolah-olah tidak menghiraukan amaran yang dihantar tentang medan apungan ais yang berada dalam laluan yang dilalui oleh Titanic malah Titanic mengekalkan kelajuan tinggi seperti yang dicadangkan oleh pengarah urusan White Star Line, J. Bruce Ismay walaupun pada waktu malam. Pada malam 14 April 1912, dua pemerhati telah terlihat ketulan ais terapung atau aisberg betul-betul di hadapan laluan mereka. Walaupun banyak usaha telah dilakukan oleh krew dan jurutera, kapal tetap mengalami limpahan air yang hebat di petak bawah melampaui muatan atau had "tidak tenggelam" dan menyebabkan kapal mengalami bencana yang tidak dapat dihentikan. Caledon mengetahui hubungan di antara Jack an Rose dan geram lalu merancang satu perangkap untuk memfitnah Jack mencuri berliannya. Walaupun Rose berpeluang untuk melepaskan diri dengan awal dari bahaya kapal dengan menaiki bot keselamatan bersama ibunya, dia tetap melarikan diri dari Caledon — dan peluangnya untuk menyelamatkan diri ke dalam bot keselamatan — untuk mencari dan menyelamatkan Jack. Jack berjaya dilepaskan dan kini mereka terpaksa keluar dari bawah kapal dengan cepat. Mereka berhadapan dengan banyak halangan termasuklah terkunci dan sikap ganas Caledon yang memaksa mereka kembali ke dek bawah. Mereka berjaya naik semula ke dek atas tetapi kali ini bot keselamatan sudah tiada lalu, mereka bersama ratusan penumpang lain yang ketakutan terpaksa mencari ruang untuk bertahan sebelum Titanic karam sepenuhnya ke dalam lautan sejuk. Buritan kapal menaik dan menjulang tinggi sehingga beratnya menjadikannya patah dua dan bahagian haluan terus tenggelam dan menghilang. Bahagian buritan pula karam pada 2:20 pagi 15 April.
Rose dan Jack bersama dengan ratusan penumpang yang lain menunggu di permukaan air yang menjerit untuk meminta bantuan daripada bot penyelamat. Ketika pegawai membuat keputusan untuk berpatah balik, hampir semua penumpang telah mati akibat hipotermia dalam Lautan Atlantik yang membeku. Rose kecewa kerana Jack telah mengalah dan meniggalkannya. Dia mengucapkan selamat tinggal dan menarik perhatian bot keselamatan untuk menyelamatkannya. Penumpang yang terselamat di atas bot penyelamat menunggu selamat empat jam sehingga RMS Carpathia, kapal yang terdekat yang menjawab dan membalas isyarat radio Titanic', tiba menyelamatkan mereka. Ketika tiba di Bandar New York, Rose mendapati dia masih memiliki Heart of the Ocean yang tersimpan di dalam poket kot Caledon yang dipakainya.
Kembali sebagai perempuan tua pada 1996, Rose kini menuju ke dek kapal pemburu khazanah dan mencampak Heart of the Ocean ke dalam lautan, tempat Jack meninggalkannya.
Kembali ke bilik Rose, penonton dapat melihat pencapaian hidupnya termasuk gambar foto dia menunggang kuda di Santa Monica Pier, seperti yang dicadangkan bersama di antara dia dan Jack. Terdapat juga gambar-gambar lain yang dapat dilakukan Rose seperti yang dirancang mereka berdua. (Untuk melihat gambar tesebut, sila ke http://www.rosedawson.com) Rose baring di atas katilnya, babak yang diperdebatkan sama ada dia hidup atau telah mati. Kembali ke dasar laut, Titanic muncul di dalam kegelapan dan segala-galanya berubah menjadi baru. Seorang anak kapal membukan pintu ke Tangga Utama dan di sana terdapat semua yang telah mati pada malam tersebut tersenyum dan mengalu-alukannya. Di atas tangga berdirinya Jack, menghadap jam yang ditunjukkan sebelumnya di dalam filem. Jack berpaling dan tersenyum ke arah Rose yang kembali berusia 17 tahun yang membalas senyumannya. Mereka berkucupan di hadapan khalayak yang kemudian bertepuk tangan lalu bertukar untuk kredit penutup
Jika babak tersebut menunjukkan kematian Rose, ini menunjukkan yang mereka telah bertemu semula setelah penantian Jack selama 84 tahun. Sebaliknya, dalam lirik lagu tema filem, "My Heart Will Go On" yang dinyanyikan oleh Celine Dion, bermula dengan, "Every night in my dreams, I see you, I feel you," - (Setiap malam dalam mimpiku, Kulihatmu, Kumerasaimu") menunjukkan yang Rose hanya tidur dan bermimpikan Jack.
 Pencapaian filem ini........

Apabila filem ini dilancarkan di Amerika Syarikat pada 19 Disember, Titanic menerima kunjungan yang tak putus-putus dan menjelang Ahad pertama, jualan tiket mulai habis dengan pantas dengan keuntungan AS$28,638,131. Tiga bulan selepas filem dilancarkan, popularitinya tidak pudar dan jualan tiket panggung tetap cepat habis. Titanic berbeza dengan filem lewat 1990-an yang lain dengan mengambil masa 15 minggu untuk keuntungan hujung minggu menurun kepada 50%. Lazimnya, filem menurun sebanyak 40% dalam hanya seminggu. Pada penguhujung Mac 1998, Titanic menjadi filem pertama yang mencecah lebih AS$1 bilion. Banyak penonton yang berulang kali menonton filem Titanic dan jualan lagu, runut bunyi dan buku yang berkaitan dengannya menjadi tumpuan dan rebutan.
Titanic mengaut keuntungan sebanyak $1,845,034,188 seluruh dunia dan filem yang paling untung sepanjang masa. Titanic juga amat berjaya di luar Amerika Utara; tiada filem lain yang menduduki tiga puluh filem teratas dalam filem pecah panggung seluruh dunia abad ke-20 yang memperoleh lebih 2/3 sambutan luar Amerika Syarikat dan Kanada selain filem ini.

Selain dari filem ini can you tell me filem lain yang sehebat ini???? Jika ada jangan segan-segan inform me di sini....
Imbas kembali...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...