Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazandusun yang menetap disekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya. Awalnya, aktiviti meneroka dan mendaki Gunung Kinabalu adalah suatu perbuatan yang ditegah sama-sekali oleh kaum Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka dari menjadi marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki.
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2017 Untuk Negeri/Kawasan Seluruh
Malaysia
-
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2017 Untuk Negeri/Kawasan Seluruh
Malaysia
Maklumat dan jadual imsak dan berbuka puasa 2017 ini diperolehi dari
webs...
7 years ago